header image
Pengumuman Untuk Guru Cemerlang Baru/ Belum Daftar
Written by Kenneth Ng   
Jan 20, 2009 at 09:41 AM

 

 

Tahniah atas perlantikan anda sebagai Guru Cemerlang ( GC) baru ! Anda secara automatik menjadi ahli kepada Majlis Guru Cemerlang Sabah ( MGCS) dan Majlis Guru Cemerlang Malaysia ( MGCM).

Dalam usaha membentuk satu jaringan kerjasama yang sistematik, MGCS memerlukan butiran peribadi Tuan /Puan untuk kegunaan dan rujukan pihak MGCS, MGCM, Jabatan Pelajaran Sabah dan Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti. Oleh itu,  GC baru / belum mendaftar  dikehendaki melakukan perkara-perkara berikut ;

1.       Mengisi borang profil Guru Cemerlang dan hantar kapada saya. Borang boleh diperolehi melalui ; ( Jika menghadapi masalah muat turun, minta dengan saya melalui e-mel saya di bawah)

http://www.mgcsabah.com/index.php?option=com_remository&Itemid=50&func=select&id=5

 

2.       Menghantar gambar Tuan/Puan dalam bentuk softcopy kepada saya ;

      

 

3.       Maklumat tambahan berhubung dengan tugas Guru Cemelang, sila layari laman web berikut:

 

http://apps2.emoe.gov.my/tayang.php?laman=guru_cemerlang&unit=guru&bhs=my

 

4.       Bagi GC yang sudah mendaftar dengan MGCS, sila semak butiran data anda sebelah gambar anda di laman web. Jika terdapat sebarang kesilapan sila maklumatkan kepada melalui e-mel saya.

 

5. Bagi GC DG 32 dan DG34  lantikan Tahun 2008, sila maklumkan kepada saya jika anda MENOLAK tawaran sebagai Guru Cemerlang.

 Sekilan, terima kasih!

 

Oong Bon Hok

Setiausaha

Majlis Guru Cemerlang Sabah 

 

 

Last Updated ( Feb 24, 2009 at 11:56 AM )
Read more...
Welcome
Contributed by William Pan   
May 25, 2007 at 05:48 PM

Salam sejahtera dan selamat datang ke laman web Majlis Guru Cemerlang Sabah (MGCS)

Pada masa ini bilangan GC yang ada di Sabah mengikut gred adalah seperti berikut : 

DG 52 = 4 orang; DG 48 = 12 orang;  DG 44 = 5 orang; DG 32 = 6 orang

Bilangan ini terlalu  kecil untuk sebuah negeri yang besar dan tidak mencapai “critical mass” untuk memberi impak yang signifikan kepada kemajuan mutu pendidikan di Sabah.

Sehubungan dengan itu, Jabatan Pelajaran Sabah telah membuat promosi yang meluas untuk mendorong  lebih ramai guru memohon jawatan GC pelbagai gred. Adalah diharapkan usaha-usaha ini akan memberi hasil pada masa terdekat ini.

Pihak Jemaah Nazir telah maklumkan bahawa masih banyak kekosongan untuk GC DG 44. Guru-guru yang telah berkhidmat selama 5 tahun serta telah mengajar mata pelajaran kepakarannya selama 3 tahun  berturut-turut layak untuk memohon. Guru-guru yang berminat boleh memohon melalui pengetua sekolah atau Jemaah Nazir.

MGCS berharap dapat membina suatu pasukan GC yang cukup besar dan mantap untuk memberi sumbangan yang lebih bermakna kepada kemajuan mutu pendidikan di Sabah pada masa akan datang.

Selamat maju jaya!

 

Yang ikhlas,

William Pan

 

Last Updated ( Oct 07, 2008 at 08:31 AM )
User ID and Passwords
Written by Kenneth Ng   
May 29, 2007 at 08:59 PM
Atention all GC's . If you wish to contribute articles to this website, please email me ( ) to get your user ID and pass word. This is a good place to share resources.
Last Updated ( Jun 30, 2009 at 11:51 AM )
Would you like to be involved in the Mambo Open Source project? Join the Mambo Foundation or become a member of Team Mambo. Learn more by visiting Mambo-Foundation.org.
Activities
bio-chaikpg.jpg
Who's Online
We have 1 guest online
GC Sabah
ng kim fung.jpg