Bahagian Esei 1. Kolektif Artikel / Rencana
Pelajar-pelajar diminta mengumpul 5 rencana/artikel sains dan satera, baca dan membuat komen . Seorang pelajar dilantik sebagai penyelaras agak tidak ada artikel yang sama.Semua rencana dikumpul dalam fail. Fail berkenaan dijadikan sebagai bahan rujukan / bacaan umum di dalam kelas
2. Penerangan Format Pengajian Am
Pelajar didedahkan format kertas peperiksaan Pengajian Am semasa 6 rendah dan awal 6 atas . Pelajar akan jelas apa yang dikehendaki dalam peperiksaan sebenar.
3. Projek Tugasan Esei
Projek tugasan esei dalam kumpulan ( 2 orang ) diberikan 2 kali. Kali pertama semasa 6 rendah. Pembentangan diatur dijalankan dalam kelas. Pelajar digalakkan menggunakan persembahan power point. Tugasan kali ke-2 diberi lebih awal pada bulan oktober semasa 6 rendah. Pelajar diminta siapkan tugasan dalam cuti sekolah akhir tahun. Kemudian tugasan esei hantar pada awal Januari semasa 6 atas. Pembentangan diatur pada semasa tingkatan 6 atas. Pelajar tidak perlu meluangkan masa membuat projek ketika sesi persekolahan di tingkatan 6 atas. Perbincangan dan soal jawab akan berlangsung dalam kelas. Perbincangan soalan tahun lepas pengajian am bagi topik berkenaan akan diadakan ( Jika ada) atau latihan mengarang esei.
4. Teknik Mengarang Esei dan Contoh Esei Pelajar yang Baik dan Lemah. Pelajar diberikan panduan mengarang secara umum pada masa 6 rendah atau tingkatan 6 atas . Para pelajar ditunjukkan esei contoh yang baik dan lemah. Jadi pelajar dapat mengenali esei yang berkualiti dan esei yang lemah.
5. Menganalisis Soalan Tahun Lepas Pelajar diedarkan set soalan esei tahun –tahun lepas pada awal tahun. Guru akan membimbing pelajar tentang bentuk soalan yang kerap disoal dalam peperiksaan STPM. Fokus tentang teknik menganalisis kehendak soalan akan ditekankan. Kaedah ini akan digunakan jika ada soalan berkaitan dengan tajuk pembentangan dan topik Pengajian Am 1. ( dasar pertanian Negara STPM 1993- S2 : Dasar penswastaan : STPM 1991- S1)
dan Pengajian Am 2. ( Komputer : 1997-S4, 1999-S2, 1996-S3, Khidmat Negara : IKS : 2003, Hidupan liar : 2002-S3)
6. Projek Bahasa Lemah Pelajar-pelajar yang lemah bahasa akan dikenalpasti pada akhir tahun semasa 6 rendah. Kumpulan pelajar yang terpilih dikehendaki membuat projek bahasa lemah pada masa cuti 6 rendah sehingga bulan September 6 atas. Pelajar perlu membaca 3-5 esei ( bergantung kepada tahap bahasa pelajar) dalam satu minggu. Sinopsis esei perlu dihantar setiap minggu .Tujuannya dan cara projek ini diterangkan pada masa 6 rendah lagi, agar pelajar memahami kepentingan projek ini dalam meningkatan tahap penguasaan penulisan pelajar. 70 % ( Bahagian A, B, & C ) dalam kertas Pengajian Am 2 melibatkan kemahiran mengarang.
a. John Seeni,Saari Mamat, Radha Krishnan & Muhamad Amirul Syazman(2004), 150 Contoh Karangan Terbaik Pengajian Am, STPM, Fajar Bakti
b. Goay Teck Chong & Wong Yew Hong (2004), PRA-U, Pengajian Am Kertas 2, Longman. \
5. Mengarang Esei dalam Masa Standard ( lebih kurang 35 minit)
Pada semester II , tingkatan 6 atas, pelajar-pelajar akan dilatih mengarang esei dalam masa lebih kurang 35 minit. Biasanya latihan mengarang dijalankan dalam masa P & P. Tindakan ini dapat melatih pelajar mengarang dalam tekanan masa.
6. Membezakan Isi Sastera dengan Isi Sains Dalam Esei Tindakan ini diterapkan secara tidak langsung dalam kelas, terutama sekali pembentangan tugasan pelajar dan perbincangan jawapan untuk soalan-soalan esei STPM tahun lepas. Cara ini dapat mengelakkan pelajar memberi isi-isi yang tidak relevan semasa menjawab soalan dalam peperiksaan sebenar.
Misalnya : 2002-S3 : Langkah mengatasi kepupusan hidupan liar.
Isi kempen, undang-undang, denda , pendidikaan tidak diterima sebgai isi.
Bahagian C ( Ulasan Teks)
1. Penerangan skima bahagian C. Pelajar diberitahu teknik menjawab soalan bahagian ( i ) iaitu dalam satu ayat dengan menggunakan ayat sendiri. Contoh jawapan yang mendapat pelbagai markah ( 0, 1, dan 2 markah)
2. Untuk bahagian ( ii ), penerangan tentang 2 isi sahaja diperlukan. Setiap isi /idea perlu ada 2 huraian isi ringkas. Panjang jawapan tidak lebih 50 patah perkataan. Jawapan contoh diedarkan untuk pelajar.
Bahagian D ( Statistik)
1.Latihan Tubi Untuk Satu Bentuk Grafik yang Sama
Pengajaran satu bentuk grafik akan dijalankan secara berterusan untuk beberapa kali (3 kali). Sebagai contoh, latihan pai banding diajar 3 minggu berterusan. ( 1 minggu satu latihan). Setiap kali latihan, akan ditunjukkan jawapan pelajar yang baik dan lemah.
2. Fokus Kepada Kesilapan dan Kesalahan Serius yang Kerap Dilakukan oleh Pelajar.
Kesalahan dan kesilapan serius yang kerap dilakukan pelajar akan diberi penekanan dalam komen guru. Misalnya dalam latihan pai banding, kesalahan yang kerap ialah kesalahan ialah jumlah nilai, menuliskan “sudut” pai sebagai “ peratus”. Kesalahan serius akan “dihighlight” oleh guru setiap kali semasa menyemak latihan pelajar.
3. Teknik Menganalisis Kata Kunci dalam Soalan. (Biasa Menggunakan Soalan Tahun Lepas) Pendekatan ini amat berkesan sebab pelajar sering kali tidak dapat membezakan bentuk grafik yang sesuai untuk soalan bahagian ini. Misalnya apabila soalan berbunyi ,
“ sediakan satu graf yang sesuai………”
Pelajar akan kehilangan markah yang banyak apabila tersilap memilih media jawapan yang sesuai. Satu hingga dua bulan sebelum peperiksaan STPM sebenar, guru akan mengedarkan set soalan tahun-tahun lepas STPM yang sebenar. Pelajar cuba menganalisis dan melakarkan media grafik yang sesuai sebelum perbincangan jawapan dijalankan. Cara ini dapat memberikan keyakinan kepada pelajar dalam menjawab soalan statistik.
Bahagian E ( Taksiran Grafik)
1. Skima Pemarkahan keseluruhan
Maklumat ini dapat memberi gambaran umum kepada pelajar tentang cara dan bilangan isi yang diperlukan. Pelajar dapat menjawab tugasan soalan berdasarkan panduan skima yang betul.
2. Teknik Mengembangkan Isi Secara umum, isi perlu dkembangkan dengan cara berikut;
i. Jika Melibatkan Perubahan Data Angka
a. Idea /Isi : melibatkan pola peubahan data
b. Data asas
c. Analisis data ( dalam data angka dan %)
d. Alasan ( jika diminta dalam soalan)
ii. Bandingan Data dalamTahun yang Sama
a. Data Teritnggi
X
b. Data Sederhana Z
Y
c. Data terendah/terkecil
Pelajar dibimbing untuk membandingkan x, y atau z. Teknik ini dapat membantu pelajar menguasai teknik mengembangkan isi semasa latihan /peperiksaan.
(lampiran jadual)
iii. Hubung kait data antara 2 jadual.(STPM2006)
Perlu membandingkan pola data bagi perkara yang sama untuk kedua-dua jadual.
a. Misalnya pola kawasan penanaman koko menurun, dan hasil pengeluaran koko meningkat.
b. Pola kawasan penanaman kepala sawit meningkat, hasil pengeluaran sawit juga meningkat.
3. Teknik Menganalisis Pola Soalan Tahun-Tahun Lepas STPM
Cara ini dijalankan sebulan sebelum STPM sebenar. Pelajar-pelajar diedarkan set soalan bahagian E. Pelajar diminta menganalisis kata kunci dalam soalan dan sediakan rangka isi. Perbincangan bersama kelas diadakan selepas itu. ( Kebanyakan soalan-soalan pernah dibuat oleh pelajar). Tujuan cara ini adalah memberi gambaran umum tentang bentuk teknik penyoalan dalam soalan STPM. Pelajar akan mengesan bentuk penyoalan sama walaupun bahan soalan adalah berlainan. ( misalnya soalan STPM tahun 1994, 1995 & 2003 : bertanyakan pola perubahan data) Para pelajar akan berkeyakinan semasa menjawab soalan bahagian ini.
Bahagian E ( Carta Aliran)
Pengajaran dalam bahagian ini agak sukar kerana tidak ada satu panduan yang berkesan dalam pengajaran carta aliran. Soalan yang ditanya dalam soalan STPM berlainan dan tidak ada hubung kait setiap tahun. Soalan-soalan tahun lepas digunakan sebagai bahan pengajaran dan soalan latihan.
a. Teknik mendekati soalan berbentuk ” Proses” – terikat dgn pergerakan anak panah
# 1999 : bagaimana kemiskinan di desa dikurangkan
# 2004 : Fasa yang perlu dilalui oleh sebuah firma dlm proses
menegurs secara strategik
#2003 : Peringkat –peringkat yg dilalui oleh Projek X utk
menghasilkan sesebuah projek pembangunan yg
berkesan.
b. Teknik mendekati soalan tidak berbentuk ”proses”- tidak terikat dgn anak panah
# 1994 : Pelbagai kegunaan air
# 1998 : Faktor langsung dan tidak langsung mempengaruhi
amlan pemakanan # 2002 : Pelbagai pihak terlibat dlm pembangunan alam
sekitar