Home arrow Pengajian Am arrow Teknik Pengajian Am 1 (untuk Guru)
Teknik Pengajian Am 1 (untuk Guru)
Jul 06, 2007 at 03:21 AM

Teknik Pengajaran ini saya gunakan di sekolah saya. Guru-guru lain boleh ubah suai mengikut keadaan sekolah dan tahap pelajar guru.

 

1. Semua pelajar menggunakan buku teks yang sama. P & P berdasarkan buku teks. Para akan lebih senang mengikut pengajaran kerana guru dan pelajar memiliki buku yang sama.

 

2. Soalan ujian digubal  dalam bentuk struktur dan objektif. Cara begini dapat memastikan pelajar belajar sebelum dapat menjawab soalan. Pelajar yang gagal dalam ujian ( semasa 6 rendah) dikendaki  membuat projek tambahan. ( soalan struktur berdasarkan topik yang diuji )

 3. Projek Pengajian Am 1 diedarkan pada hujung Oktober semasa tingkatan 6 rendah. Projek  berbentuk indivdu. Pelajar dikehendaki menggubal 5 hingga 10 soalan objektif berdasarkan tugasan topik. Jawapan juga perlu disediakan oleh pelajar sendiri. Pelajar akan membentangkan di kelas mengikut jadual yang ditetapkan. Pelajar digalakkan membuat persembahan dalam power point. Guru akan mengulas/ tokoh tambah apa yang kurang. Seandainnya topik pembentangan Pengajiam am 1 pernah disoal dalam bahagian esei Pengajian Am 2,  maka perbincangan rangka soalan esei berkenaan akan berlangsung. ( misalnya : dasar penswastaan : 1991-S1  , dasar pertanian :1993:S2 , dasar 70 juta penduduk: 1992-S2 , dasar urbanisasi 2004:S2) 

 

4. Sukatan pelajaran akan habis diajar pada bulan Mei setiap tahun.

 

5. Latihan soalan objektif mengikut topik(untuk koleksi soalan tahun-tahun lepas) dimulakan pada penggal kedua tingkatan 6 atas. Pelajar akan diberikan masa satu minggu lebih awal  untuk mencuba di rumah.Pelajar perlu disedarkan bahawa mereka perlu  mencuba sendiri dan mencari jawapan melalui buku rujukan. ( tidak akan berkesan jika pelajar meniru jawapan atau tidak mencuba sendiri menjawab set soalan berkenaan.) Perbincangan jawapan soalan dijalankan di kelas. P & P lebih kepada perbincangan soalan dan ulangkaji topik berkenaan. Penekanan lebih kepada sebab betul atau salah sesuatu jawapan.

 

6. Kelas diwajibkan membeli suratkhabar , sekurang-kurang 5 hari satu minggu. (Berita Harian atau Utusan Melayu). Terdapat pelajar( bergilir-gilir ) yang bertanggung jawab melaporkan isu-isu semasa penting pada hari berikutnya. ( lebih kurang 5-7 minit) sebelum pengajaran bermula.

 Penyelesaian Masalah

 

1. Pelajar diajar asas matematik  pada 6 rendah / awal 6 atas.

2. Kebanyakan set soalan berdasarkan soalan-soalan tahun lepas STPM.

 

3. Pelajar diberi masa mencuba (kadang-kadang sebagai tugasan di rumah, atau masa guru tidak dapat masuk kelas kerana ada urusan ). Kemudian guru memberi jawapan. Tugasan diberikan kepada pelajar (bergilir-gilir) untuk menunjukkan cara mendapat jawapan di depan kelas. Pelajar yang lemah perlu juga diberi peluang yang sama. Mereka perlu merujuk kepada pelajar yang baik dalam matematik untuk mendapat jawapan sebelum menujukkan cara mendapat jawapan di depan kelas. Proses bimbingan rakan sebaya akan berlaku di sini.

Last Updated ( Jul 08, 2007 at 09:43 PM )
Quotes for GCs
Education is the most powerful weapon which you can use to change the world...Nelson Mendela
Activities
tora.math.kkcnt5.jpg
Who's Online
We have 3 guests online
DG32 (A - L)
esther gidau.jpg
DG32 (M - Z)
zulfikal.jpg
DG34
baijura normie a.jpg
DG44 (A - L)
jasmanjawase.jpg
DG44 (M - Z)
rufina.JPG
DG48
nazri.jpg
DG52 & DG54
kennethjpg.jpg