Home arrow Pendidikan Moral arrow Teknik Menjawab Pendidikan Moral SPM 2007
Teknik Menjawab Pendidikan Moral SPM 2007
Nov 05, 2007 at 08:03 AM

GARIS PANDUAN TEKNIK MENJAWAB

 PENGETAHUAN MORAL SPM 2007

(FORMAT BARU) 

 Kertas 1 (1225/1) 

Penilaian dan pengujian Pendidikan Moral SPM adalah berasaskan objektif mata pelajaran. Dengan itu item bagi Kertas 1 iaitu struktur dan esei merangkumi tahap pengetahuan, kefahaman, analisis dan kemahiran berfikir (membuat keputusan dan menyelesaikan masalah)

 Kertas 2 (1225/2) 

Kerja kursus wajib dilaksanakan. Dua elemen diukur dan ditaksir ia itu sahsiah dan penyediaan folio kerja-kerja amal dan tugasan harian. Objektif mata pelajaran yang diuji menerusi kerja kursus ialah aspek penghayatan dan amalan nilai murni.  

Teknik Menjawab Kertas 1 

I. Bahagian Struktur (8 soalan = 80 markah ) 

Prinsip asas ialah “Jawab apa yang disoal”

 

A.    Penulisan Nilai Sahaja

 

i.                    Apakah nilai yang diamalkan…

ii.                  Berikan dua nilai yang patut ada pada….…

iii.                Nyatakan dua nilai yang diamalkan oleh penduduk Taman Orkid.

 
  • Untuk kata tugas di atas, calon hanya perlu menyatakan nilai dalam bentuk “ayat” ringkas.     
  • Contohnya : Nilai yang diamalkan ialah…amanah .
  •  Nyatakan  merupakan Kata Tugas yang banyak diguna pakai.
  

B.     Soalan Yang Meminta Definisi /Takrif Nilai 

 Contoh soalan : Berikan maksud nilai amanah  dalam  situasi di atas .Terangkan maksud nilai …… (cth. tanggungjawab terhadap keluarga)Takrifkan nilai …… (cth. amanah)Jelaskan maksud nilai ……  ·        

 Cara Menjawab Item Definasi/Maksud 

Calon perlu menulis maksud/takrif nilai amanah dalam bentuk ayat yang lengkap. Misalnya untuk nilai Amanah, kata kunci nilai amanah hendaklah ditulis sebagai respon kepada takrif nilai.

 

Seboleh-bolehnya semua kata kunci nilai tersebut ditulis semula dengan lengkap untuk mendapatkan markah penuh.

      Contoh jawapan :  Amanah bererti sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan   kepercayaan dan keyakinan orang lain. (3 kata kunci) 

              #  Jika lengkap semua kata kunci yang bergaris di atas akan dapat markah penuh.

  

C.    Soalan Yang Memerlukan Nilai dan Penerangan (Tulis Seperti Lazim Dalam Format  Lama)

 Contoh kata tugas :  

Jelaskan dua nilai yang diamalkan oleh Ah Meng dalam situasi  di atas ……

Terangkan dua nilai …… yang patut diamalkan oleh Mariam.

 

Jawapan calon haruslah merangkumi N1 + P1

(sekurang-kurangnya satu penerangan bagi setiap nilai )

 Elakkan menulis jawapan umum (tanpa dikaitkan dengan situasi soalan) 

 

Contoh Jawapan Umum :

 Pegawai itu bertanggungjawab. Beliau menjalankan tugas dengan sempurna Sepatutnya nyatakan apakah tugas pegawai dengan tepat : ”Beliau menjalankan tugas menangkap pencuri motosikal dengan sempurna”  

 

  1. Soalan Yang Memerlukan Nilai + Penerangan + Huraian/Contoh

 Contoh kata tugas : Huraikan satu nilai …… (3 markah) Jawapan hendaklah merangkumi N1 + P1+ Huraian/Contoh untuk mendapat 3 markah Contoh soalan :  Huraikan dua nilai yang perlu diamalkan oleh ibubapa bagi mewujudkan ‘Keluarga Bahagia’.     [6 markah]

 

Contoh Jawapan Lengkap.

Ibu bapa harus mengamalkan nilai  kasih sayang terhadap keluarga.

Mereka perlu menyayangi ahli/anggota keluarga dengan perasaan cinta yang mendalam. Contohnya mengambil tahu masalah dan keperluan anak-anak.

(atau sentiasa berdamping dan bermesra dengan anak-anak.)

                 (Jawapan di atas : Nilai diikuti penerangan dan contoh) 

 

Contoh situasi :  Pencemaran alam sekitar.

Huraikan satu nilai yang patut diamalkan oleh masyarakat untuk mengelakkan pencemaran udara. 

 

Jawapan :

Masyarakat patut amalkan nilai menyayangi dan menghargai alam sekitar. Mereka hendaklah memelihara kebersihan udara di sekitar rumah mereka.

Misalnya tidak membakar sampah di mana-mana sahaja kerana ini menyebabkan jerebu sebaliknya membawa sampah ke tempat pelupusan. (Jawapan yang bergaris merupakan huraian bagi penerangan. Jika tiada contoh, boleh juga beri huraian lanjut untuk penerangan nilai.)  

 

E.     Soalan Berkaitan Dengan Ciri-Ciri Nilai

 

Contohnya : Nyatakan ciri-ciri nilai bertanggungjawab.

 

Calon perlu menyatakan kata kunci dan ciri-ciri nilai berkenaan.

Contohnya ciri-ciri nilai bertanggungjawab ialah menjalankan kewajipan, menjalankan tugas, memikul tugas/kewajipan, menjalankan tugas dengan sempurna, menjaga kebajikan, melaksanakan sesuatu amanah, memastikan tugas selesai dsbnya.

  

F.     Soalan Menguji Kandungan Akademik (Yang Tidak Memerlukan Nilai) 

  Nyatakan dua kesan pencemaran ….                       [2 markah]Berikan dua langkah membentaras …..                   [2 markah]Jelaskan dua kesan/akibat/sebab/aktiviti….            [4 markah]Terangkan dua langkah/cara/masalah/tujuan…     [4 markah] 

1. Jika kata tugas “nyatakan/berikan” : tidak perlu huraian/penjelasan.    

Contoh 1 : Nyatakan satu pertubuhan antarabangsa yang anda tahu.    Jawapan : Pertubuhan tersebut ialah KOMANWEL. 2. Jika kata tugas “jelaskan/terangkan” : tulis isi dan huraian/contoh.     Tidak perlu nilai.

Contoh 2 :  Jelaskan dua kesan penebangan hutan yang berleluasa.   [4 markah] Jawapan : 

Kesan penebangan hutanHuraian/contoh  

Berlaku kesan rumah hijau

Suhu semakin meningkat/cuaca panas

Berlaku malapetaka/bencana

Banjir lumpur/kilat/hakisan

  Contoh 3 : Terangkan dua tujuan ‘Hari Patriotisme’.       [4 markah]  Jawapan:

Tujuannya untuk memupuk semangat patrotik di kalangan rakyat.

Dengan itu rakyat akan menghargai dan menyokong dasar-dasar negara. Isi (Tujuan) – memupuk semangat patriotikHuraian – rakyat akan menghargai dan menyokong dasar-dasar negara.  

 

G.    Soalan Kemahiran Berfikir Menguji Kandungan Akademik (Yang Tidak Memerlukan Nilai)

Contoh :  Ramalkan dua kesan pencemaran udara …..             Nyatakan dua tindakan ….. untuk membanteras rasuah             Apakah yang patut dilakukan jika tidak mendapat pekerjaan …..             Bandingkan ciri-ciri nilai amanah dan bertanggungjawab…..

 Calon perlu tulis jawapan yang bernas/lojik tanpa nilai dalam bentuk ayat ringkas.Huraian boleh diberi untuk mengukuhkan jawapan. Ini bergantung kepada peruntukan markah untuk soalan tersebut.  

  1. Lain Contoh Soalan Struktur

  1.      Namakan nilai-nilai dalam bidang perkembangan diri

2.      Nyatakan nilai-nilai dalam bidang kekeluargaan.

3.      Huraikan secara ringkas bagaimana anda bertoleransi dalam masyarakat.  

4.      Apakah nasihat bermoral yang boleh anda berikan sekiranya kawan anda suka berlumba haram? 

 II. Bahagian Esei 

Calon harus jawab dua soalan daripada tiga soalan esei. Setiap esei 10 markah. 

Aras soalan esei ialah analisis, menghurai, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

 

Dijangkakan dua bentuk soalan esei

 

i.                    berbentuk diskusi (menghuraikan)

ii.                  berbentuk tindakan (membuat keputusan/menyelesaikan masalah)

 Contoh (i) : Berbentuk HURAIAN (Nilai + Penerangan) 

 

1.      Bincangkan nilai yang diamalkan…

                  2.      Huraikan nilai-nilai yang ingin dipupuk…

3.      Bincangkan langkah-langkah…

4.      Bincangkan sebab-sebab…

5.      Bincangkan peranan…

6.      Mengapakah remaja harus…

7.      Bagaimana ibu bapa dapat…

 1.   Untuk jenis esei ini, tak kira apa kata tugas, jawapan mesti dimulakan dengan nilai    dan diikuti oleh penerangannya. 
  • Setiap esei mestilah ada nilai, diikuti penerangan pertama dan huraian atau contoh.  Kemudian diikuti dengan penerangan kedua dan huraian atau contoh.

 Nilai (Na1) + Penerangan (Pa1Huraian/Contoh                                   Penerangan (Pa2) + Huraian/Contoh 

 

  • Setiap esei dijawab dengan ayat yang lengkap atau ringkas sama ada berperenggan atau satu perenggan.
 
  • Hanya memberi nilai tanpa penerangan tidak diterima lagi.                           
      Senarai nilai dalam bentuk perenggan tidak diterima. 
  • Penerangan yang mengguna ayat biasa tanpa mengandungi kata kunci nilai  juga tidak diterima lagi.
 
  • Mesti menjawab dalam bentuk esei.

      Jika dijawab dalam bentuk poin dan bernombor tidak diterima.     

 

Contoh Soalan 1 : 

Huraikan nilai-nilai yang patut diamalkan oleh ketua pengawas sekolah.   [10 markah]

 

Contoh Jawapan :

Ketua pengawas perlu mengamalkan nilai bertanggungjawab. Dia perlu memikul tugasnya menguatkuasakan peraturan sekolah. Contohnya mendenda murid yang tidak memakai tanda nama/lewat ke sekolah. Ketua pengawas juga harus melaksanakan tugasnya dengan sempurna. Dia perlu membuat laporan kepada guru disiplin walaupun rakannya melanggar peraturan sekolah. (5 markah)  

 Contoh Soalan 2 :

Bincangkan nilai-nilai yang perlu diamalkan oleh setiap warganegara untuk merealisasikan Wawasan 2020.

 Contoh Jawapan :

Rakyat harus amalkan nilai toleransi. Mereka harus sabar dalam tindak-tanduk mereka. Misalnya mendiamkan diri jika ada jiran berbangsa lain mahu bertengkar. Setiap warganegara juga harus bertolak ansur ketika sesuatu kaum mengadakan aktiviti keagamaan. Misalnya bertolak ansur dengan kesesakan jalan raya ketika Thaipusam di Batu Cave.

Setiap warganegara juga mengamalkan nilai kasih sayang. Mereka hendaklah peka  terhadap keperluan orang lain. Misalnya bersimpati terhadap mangsa Tsunami di Kuala Muda. Rakyat perlu sayang terhadap golongan orang kurang upaya. Misalnya menghulurkan bantuan kewangan/benda kepada yang memerlukan. (10 markah)

  Contoh (ii) : Berbentuk TINDAKAN 

1.      Wajarkah tindakan pemimpin X … (Mesti ada Wajar atau Tidak Wajar dalam ayat pertama sebelum nilai diberi …)

2.      Setujukah anda dengan tindakan … (Saya Setuju atau Tidak Setuju … )

3.      Jika anda adalah Perdana Menteri Negara X, jual atau tidak ….           (Saya akan jual kerana ... atau Saya tidak akan jual kerana ... )

4.      Jika anda penduduk Negara X, lari atau tidak jika Negara dilanda peperangan … (Saya akan lari ... atau Saya tidak akan lari ...)

5.      Bincangkan tindakan pihak-pihak berikut  menangani gejala sosial·         ibu bapa·         guru·         masyarakat 

Untuk Soalan Tindakan, calon hendaklah menulis :

 

Tindakan + Nilai (Na1) + Penerangan (Pa1) + Huraian/Contoh

                        Penerangan (Pa2) + Huraian/Contoh 

 

III. Peraturan Pemarkahan

 

1. Jumlah isi bergantung kepada jumlah markah bahagian soalan

 

  Nilai  – 1 markah

  Penerangan  – 1 markah

  Contoh  – 1 markah

  Huraian  – 1 markah

  Jawapan  – 1 markah

     Jika 3 markah, maka calon perlu memberi  :                                1 Nilai  + 1 Penerangan  +  1 Contoh  =  3 markah    

 Jika soalan minta “Berikan  tiga  sebab” :                        

 Calon perlu memberi tiga alasan untuk memperoleh 3 markah 

2. Jika soalan minta nilai dan tiada nilai diberi, maka diberi  0 markah walaupun penerangan/huraian tepat seperti dalam skema.

 

3. Nilai mesti ditulis dan dieja dengan tepat seperti dalam Sukatan Pelajaran. Tiada kelonggaran diberi untuk ejaan.

4. Jangan tulis dalam bentuk poin seperti berikut : 

n      Bertanggungjawab. Pengawas harus memikul …

n      Kerajaan patut menggubal undang-undang …

     atau  ditulis  dengan  nombor  seperti  berikut : 

1) Nilai bertanggungjawab diamalkan oleh Ah Meng …

2) Kerajaan patut menggubal undang-undang …

   

5. Jumlah  Nilai  Yang  Patut  Ditulis  Dalam Jawapan

·         Untuk soalan struktur, dasar 2 + 1 diterimapakai untuk  soalan berbunyi ….

      Berikan  dua  nilai …. Hanya  3 nilai pertama diterima.

 

·         Untuk soalan esei, dasar 2 + 1.  Hanya  3  nilai  pertama diterima.

       IV. Isu-Isu Popular  

 

01. Alam sekitar – jerebu, bencana, sampah, sungai, pembalakan haram, kebakaran hutan

 

02. Keluarga – keluarga bahagia, ibu mithali, mengenang jasa dll.

 

03. Perayaan di M’sia – Hari Kebangsaan, Citrawarna dll.

 

04. Kejayaan rakyat/negara – Gunung Everest, Kutub Utara, Nicol David dll.

 05. Keamanan dunia – ASEAN, NAM, OIC, isu nuklear dll. 

06. Kemanusiaan/keprihatinan insan – membantu mangsa gempa bumi/tsunami dll. 

07. Pembangunan negara – kemerdekaan, Wawasan 2020, mahasiswa menggangur dll. 

08. Persoalan remaja/gejala sosial remaja dll.

 09. Persekolahan – pengawas, kokum, pelajar contoh dll. 

10. Masyarakat – majmuk, gotong royong, membanteras jenayah, Rukun Tetangga dll 

11. Golongan kurang bernasib baik – kejayaan, sumbangan, peranan NGO dll. 

V. Nilai-Nilai Popular  

AmanahKerajinanMenyayangi danmenghargai alam sekitar 
BerdikariKesederhanaanPeka terhadap isu-isu alam sekitar 
BertanggungjawabRasionalCinta akan negara 
Harga diriToleransiMematuhi peraturan dan undang-undang 
Hemah tinggiKasih sayang terhadap keluarga Hidup bersama secara aman
Kasih sayangTanggungjawab terhadap keluargaSaling membantu dan bekerjasama 

Perhatian :

1. Sentiasa baca/ingat kata kunci nilai-nilai ini. 

2. Gunakan dalam kehidupan seharian di sekolah/rumah.

3. Buat latih tubi banyak dengan nilai-nilai ini.

4. Cari isu-isu semasa yang memerlukan nilai-nilai ini.  

  VI. Simbol-Simbol Penandaan Skrip 

N1          nilai

Na1        nilai pertama dalam soalan esei

Nb1        nilai kedua dalam soalan esei

P1           penerangan

Pa1         penerangan pertama dalam esei untuk nilai yang pertama

~~~       -   digaris seperti ombak pada nilai yang tepat

(   )          dibuat kurungan untuk penerangan yang tepat

UN1        untuk nilai yang diulang

Max N    untuk nilai yang telah diberi markah/ditanda lebih awal

                   dalam kelompok yang sama/untuk nilai yang kelima.

Max P     untuk penerangan yang kelima bagi  sesuatu nilai

TB           tidak berkaitan

J1            simbol baru untuk jawapan bukan nilai. Contohnya : kesan,

                   cara, langkah, sebab, akibat, ramalan dll

 
Last Updated ( Nov 05, 2007 at 08:17 AM )
Quotes for GCs
It is a good thing for an uneducated man to read books of quotations...Winston Churchill
Activities
torap.amkk2.jpg
Who's Online
We have 20 guests online
DG32 (A - L)
kong kim loi.jpg
DG32 (M - Z)
majirah masrah.jpg
DG34
tanaus sikol.jpg
DG44 (A - L)
baniuskangau (small).jpg
DG44 (M - Z)
MohammadRoshdiIsmail (Small).JPG
DG48
chongnyuktai.jpg
DG52 & DG54
hayatiaris.jpg