SOALAN GERAK GEMPUR PENDIDIKAN ISLAM KERTAS 1 SPM
Written by Administrator   

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA- KERTAS 1


BAHAGIAN OBJEKTIF

Soalan 1 hingga Soalan 20.

Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Hitamkan jawapan yang tepat pada kertas jawapan yang disediakan.


1

Manakah antara berikut iktikad yang dipegang oleh Syiah Zaidiyyah ?

A

Mengharuskan perkahwinan mut’ah

B

Menghalalkan beberapa kemungkaran seperti minum arak

C

Menolak semua hadis yang bukan diriwayatkan oleh Ahli Hadis

D

Kedudukan pelaku dosa besar berada antara keimanan dan kekufuran

2

Satu daripada berikut bukan syarat taubat .

A

Berhenti daripada melakukan maksiat

B

Menjaga hubungan baik sesama manusia

C

Meminta maaf daripada orang yang pernah disakiti

D

Menyesal dengan sebenar-benarnya atas maksiat yang telah dilakukan .

3

Mereka yang berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hati tetap kufur kepada Allah SWT adalah digelar ...

A

murtad

B

munafik

C

mulhid

D

musyrikin

4

Ajaran ini diasaskan oleh Hussain Ali Al-Mazandarani.Antara ajaran yang dibawa ialah alam bersifat baqa’ (kekal) dan Nabi Isa a.s disalib .

Pernyataan diatas merujuk kepada ajaran

A

Bahai

B

Syiah

C

Taslim

D

Qadiayani

5

Berikut adalah hikmah pengharaman riba’kecuali

A

Mewujudkan kestabilan ekonomi

B

Mewujudkan masyarakat yang prihatin

C

Menegakkan keadilan dalam masyarakat

D

Mencegah sifat mementingkan diri sendiri

6

Di manakah miqat makani bagi jemaah Malaysia yang menaiki kapal terbang terus ke Mekah ?

A

Zulhulaifah

B

Yalamlam

C

Zatul Irqin

D

Qarnul Manazil

7

Jemaah haji yang hendak meninggalkan kota Mekah wajib mengerjakan

A

Tawaf Sunat

B

Tawaf Qudum

C

Tawaf Wada’

D

Tawaf Ifadah

8

Manakah pernyataan berikut menerangkan tentang hikmah perkahwinan ?

I

Dapat menyelesaikan masalah

II

Dapat membantu orang susah

III

Mengelakkan perbuatan maksiat

IV

Mengembangkan zuriat yang bersih

A

I dan II

B

II dan III

C

I dan IV

D

III dan IV

9

Seorang gadis hendak berkahwin . Siapakah yang paling berhak menjadi walinya?

A

Bapa

B

Adik

C

Abang

D

Datuk

10

Berikut adalah perkara-perkara yang perlu dielakkan dalam perniagaan insurans kecuali

A

gharar

B

hutang

C

riba

D

Judi

11

Apakah yang perlu dilakukan apabila sesebuah syarikat terbatal ?

I

Menjual syarikat tersebut

II

Mencari rakan kongsi baru

III

Mendaftar semula syarikat

IV

Mengiklankan syarikat di akhbar

A

I dan II

B

I dan III

C

II dan III

D

II dan IV

12

Berikut adalah jawatan-jawatan baru yang diwujudkan di zaman Khulafa’ al-Rasyidin bagi memastikan negara berada dalam keadaan mantap .

I

Ketua Setiausaha

II

Pegawai Pemungut Hasil

III

Pegawai Polis

IV

Hakim

A

I , II dan III

B

I , II dan IV

C

I , III dan IV

D

I , II , III dan IV

13

Pengasas Kerajaan Bani Umaiyah ialah

A

Yazid b Muawiyah

B

Marwan b Al-Hakam

C

Umar bin Abdul Aziz

D

Muawiyah bt Abi Sufian

14

Berikut adalah kegiatan Baitul Hikmah dalam bidang pendidikan pada zaman Kerajaan Abbasiyyah kecuali

A

Pusat penterjemahan

B

Pusat Penyelidikan ilmiah

C

Pusat latihan para ilmuan

D

Pusat percetakan bahan kajian

15

Antara bidang yang diterokai berteraskan wahyu pada zaman Abbasiyyah ialah

I

Ilmu Tafsir

II

Ilmu Kimia

III

Ilmu Tauhid

IV

Ilmu Perubatan


A

I dan II

B

I dan III

C

II dan IV

D

III dan IV

16

Hasil karya terkenal Ibnu Sina ialah

A

Al-Muwatta’

B

Tafsir al-Azhar

C

Al-Qanun Fi Tib

D

Ihya’ Ulumuddin

17

Apakah bukti Imam Malik r.a sangat memuliakan hadis ?

I

Duduk di tempat khas apabila mengajar hadis

II

Mandi dan memakai bau-bauan sebelum mengajar hadis

III

Sanggup merantau ke merata negara untuk mendapatkan hadis

IV

Hanya menjadikan hadis sebagai sumber rujukan bagi menentukan hukum .

A

I dan II

B

I dan III

C

II dan IV

D

III dan IV

18

Semua pernyataan berikut adalah benar berkaitan Ibnu Khaldun kecuali

A

Karyanya yang terkenal ialah Risalah

B

Pakar dalam bidang syariah dan pentadbiran

C

Bukunya diterjemahkan ke dalam pelbagai bahan

D

Anugerah ilmiah berprestij di Universiti Amerika diberi sempena namanya

19

Berikut adalah hikmah beradab ketika menjaga pesakit kecuali

A

Mengukuhkan ekonomi negara

B

Mewujudkan silaturrahim sesama Islam

C

Meringankan penderitaan yang dialami pesakit

D

Melahirkan sifat prihatin kepada golongan yang lemah

20

Hukum memberi sedekah dan hadiah adalah

A

Wajib

B

Harus

C

Sunat

D

Makruh



Soalan 21 hingga Soalan 40.

Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

21

Ajaran sesat yang diasaskan oleh Haji Muhammad bin Shafie dinamakan ______________.

Pengertian Iman

22

P dalam rajah di atas adalah __________________ .

23

Syirik terbahagi kepada dua iaitu _____________ dan Jali .

24

Hukum orang yang lari dari medan perang adalah _____________ .

25

Menuduh seorang yang baik berzina disebut juga sebagai ____________ .

26

Suatu barang bernilai yang dicagarkan oleh pemiliknya untuk mendapatkan pinjaman dinamakan _______________ .

27

Fahrin merujuk isterinya yang sedang dalam edah talak raj’ie tanpa persetujuan .

Hukumnya ialah ______________

Soalan 28 dan soalan 29 berdasarkan rajah di bawah .

Lengkapkan tempat kosong dengan jawapan yang betul .


28

P dalam rajah di atas ialah ________________ .

29

Q dalam rajah di atas ialah ________________ .

30

Pada 10 Zulhijjah jemaah haji diwajibkan melontar di Jamrah _____________ .

BAHAGIAN  AKIDAH (10 Markah)

Berikan makna bagi istilah berikut:

1

Sihir



2

Khurafat



3

Kufur hakikat



4

Akidah Ahli Sunnah wal jamaah


5.

Ajaran sesat



6.

Sihir



7.

Riddah



8.

Merompak



9.

Mencuri



10.

Qazaf




BAHAGIAN IBADAT (BAB HAJI DAN PERKAHWINAN)


1.

Nyatakan rukun haji satu persatu mengikut urutan yang betul

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________


(6 Markah)


2.

Nyatakan perbezaan antara rukun haji dan wajib haji.

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

(2 Markah)


3.

Nyatakan hukum dan alasan bagi masalah berikut:


1. Aminah hendak mengerjakan ibadat haji tetapi tidak diizinkan suaminya.

_______________________________________________________________

2. Ali terlewat sampai ke Padang Arafah untuk berwukuf kerana ditahan oleh imigresen Arab Saudi.

_______________________________________________________________

3. Ahmad tersentuh seorang perempuan ketika melakukan ibadat saei.

_______________________________________________________________

4. Setelah tawaf lima pusingan , Samad berhenti rehat sebentar dan hanya menyambung semula tawafnya kira-kira setengah jam selepas itu.

_______________________________________________________________












(8 Markah)


4.

Apakah maksud rukun bercukur dalam ibadat haji.

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________


(2 Markah)


5.

Nyatakan jenis-jenis tawaf selain dari tawaf Ifadah.

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________


(3 Markah)


6.

Nyatakan empat perkara wajib haji .

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________


(4Markah)



7.

Nyatakan tiga rukun talak.

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________


(3 Markah)

8.

Nyatakan dua hikmat talak.

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________


(4 Markah)

9.

Nyatakan hukum bagi masalah berikut:

1. Kamal menceraikan isterinya ketika isterinya sedang haid.

_______________________________________________________________

2. Ismail menceraikan isterinya ketika sedang sarat mengandung 9 bulan.

_______________________________________________________________

3. Jusoh menceraikan isterinya selepas mabuk akibat minum arak.

_______________________________________________________________

4. Kamarul yang beristeri dua menceraikan kedua-dua isterinya sekaligus.

_______________________________________________________________










(4 Markah)

10.

Apakah yang dimaksudkan dengan rujuk.

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________


(2 Markah)




11.

Terangkan dua hikmat rujuk.

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________



(4 Markah)

12.

Nyatakan iddah bagi masalah berikut:

1. Perempuan yang diceraikan masih haid.

_______________________________________________________________

2. Perempuan yang diceraikan telah putus haid.

_______________________________________________________________

3. Perempuan yang kematian suami.

_______________________________________________________________

4. Perempuan yang diceraikan tetapi belum disetubuhi.

_______________________________________________________________


(4 Markah)

13.

Terangkan dua tanggungjawab suami

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________


(4 Markah)

14.

Jelaskan tiga tanggungjawab bersama suami isteri.

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________


(6 Markah)

15.

Senaraikan langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh seorang suami menangani masalah isterinya yang melakukan nusyuz.

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________


(6 Markah)










SELAMAT MENCUBA.


OLEH :


MOHD NAZRI BIN MUKHTAR @ AWANG

SMK KONVEN ST. URSULA, TAWAU

 

Petikan Hikmat

Nine-tenths of education is encouragement.
Anatole France

Pautan

 

  kpm logo   jpnsabah logo    ums logo        kamus online   gaji   takwim   yahoogroup  spmbanksoalan  uploaddownload


Copyright © 2011 Majlis Guru Cemerlang Sabah, All Rights Reserved. Website by  Happy Rocket  Productions www.thehappyrocket.com