Peraduan Menulis Sastera Kreatif 2011
Written by Kenneth Ng   

Peraduan menulis

Sastera kreatif

2011

Cerpen

Anjuran

MAJLIS GURU CEMERLANG MALAYSIA

Tarikh Tutup: 31 Mac 2011

SYARAT DAN KETERANGAN PERADUAN

1. Nama Peraduan

Peraduan Menulis Sastera Kreatif 2011 (Kategori Cerpen)

  1. Objektif

2.1 Untuk meningkatkan mutu penulisan kreatif dalam kalangan Guru Cemerlang  khususnya penulisan cerpen, dan seterusnya menggalakkan Guru Cemerlang  supaya sentiasa gigih berkarya.

2.2 Untuk meningkatkan bilangan penulis yang benar-benar berminat dan cekal menulis cerpen bermutu sehingga dapat menerbitkan karya masing-masing.

  1. Syarat-syarat Penyertaan

3.1 Penyertaan terbuka kepada semua  Guru Cemerlang di Malaysia.

3.2 Penyertaan hendaklah disampaikan menggunakan borang rasmi yang boleh didapati daripada Yang Dipertua, Majlis Guru Cemerlang Negeri. Borang ini boleh diperbanyakkan/difotostat jika perlu.

3.3 Cerpen hendaklah ditulis menggunakan Bahasa Melayu Baku dan panjangnya hendaklah sekitar 2500 – 3500 perkataan atau 12 – 14 halaman kertas A4.

3.4 Setiap peserta boleh menghantar tidak lebih daripada dua buah cerpen untuk menyertai peraduan ini.

3.5 Karya yang dihantar untuk menyertai peraduan ini tidak akan dikembalikan.  Peserta dinasihati untuk menyimpan salinannya.

  1. Definisi dan Tema

4.1 Dalam pengertian yang umum, cerpen dapat didefinisikan sebagai kisah rekaan yang relatif  pendek yang dihasilkan dalam bentuk prosa.

4.2 Tema adalah bebas tetapi sesuai untuk bacaan para guru, bakal guru, para pelajar dan pembaca umum  serta tidak menyentuh perkara-perkara yang dianggap sensetif atau yang boleh menyinggung perasaan mana-mana kumpulan kaum, agama, kepercayaan dan budaya di Malaysia.

  1. Penghakiman

Semua penyertaan yang menepati syarat peraduan ini akan dihakimi oleh panel penilai yang akan dilantik oleh penganjur.  Keputusan panel hakim dan urus setia adalah muktamad.

  1. Hak Penerbitan

Penganjur berhak untuk menerbitkan/menyiarkan penyertaan (karya-karya) yang dipilih, dan dalam berbuat demikian, berhak membuat penyuntingan atau pindaan yang difikirkan perlu, ke atas karya-karya yang berkenaan.  Karya yang dihantar menyertai peraduan tidak boleh dihantar kepada penerbit atau pihak lain tanpa mendapat persetujuan penganjur peraduan ini terlebih dahulu.

  1. Penulisan

Karya hendaklah bertaip (komputer) berjarak dua (double spacing) dengan menggunakan kertas taip saiz A4 dan ditaip pada sebelah kertas yang digunakan dan sertakan juga dalam bentuk soft copy (salinan CD)

  1. Tarikh Tutup

Tarikh tutup peraduan ialah 31 Mac 2011. Karya mesti sampai kepada Urus Setia (hard copy dan soft copy) pada atau sebelum tarikh tersebut.  Penyertaan yang lewat sampai tidak akan dipertimbangkan.

  1. Keaslian Karya

Karya hendaklah karya asli peserta (bukan diciplak atau dipadankan daripada karya orang lain) dan belum pernah disiarkan di mana-mana.  Peserta mesti bersedia untuk memperakukan keaslian karya yang dihantar itu.

10. Salinan Pertama

Semua penyertaan mestilah dalam bentuk salinan pertama, bukan salinan foto atau salinan karbon.

  1. Nama Peserta

Nama Peserta hendaklah jangan ditulis pada naskhah karya tetapi memadai ditulis pada borang penyertaan sahaja.

  1. Hadiah

Pertama          :  RM500.00 + Sijil

Kedua             :  RM300.00 + Sijil

Ketiga             :  RM200.00 + Sijil

5 Sagu Hati     : RM100.00 Setiap Satu dan Sijil

  1. Urus Setia

Alamat Urus Setia:

Urus Setia

Peraduan Menulis Sastera Kreatif 2011 (Cerpen)

Majlis Guru Cemerlang Malaysia,

d/a: No. 7, Jalan Baung, Taman Bintang,

83500 Parit Sulong, Batu Pahat

(u.p:  AZIZUL RAHMAN ABDUL RAHMAN)

Tel:  4186690/ 012 7373690

E-Mel: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

 

Sila pergi bahagian upload/download untuk muat turun borang.


 

Petikan Hikmat

Don't limit a child to your own learning, for he was born in another time...Rabinnical Sayings

Pautan

 

  kpm logo   jpnsabah logo    ums logo        kamus online   gaji   takwim   yahoogroup  spmbanksoalan  uploaddownload


Copyright © 2011 Majlis Guru Cemerlang Sabah, All Rights Reserved. Website by  Happy Rocket  Productions www.thehappyrocket.com