|
Written by Rusman Bin Dulamit,Pengerusi MGCD Beaufort
|
|
Tahniah kepada rakan-rakan yang telah memilih laluan menjadi guru cemerlang.Apabila menyebut tentang cemerlang,semua kita ingin menjadi orang yang cemerlang di dunia ini.Ayuh rakan-rakan guru cemerlang.Jangan pandang belakang.Kita jadikan diri kita agar sentiasa berada di depan.Laluan cemerlang ini bukan menghukum kita.Malah,ianya memberikan satu laluan ' fast track ' untuk kita menganjakkan kenaikan pangkat kita kepada gred yang lebih tinggi dalam jangka masa yang telah singkat.
Jawatan ini bukan menakutkan kita.Malah,ianya memberi peluang kepada diri kita agar senantiasa mengembangkan ilmu dan kepakaran kita dalam dunia pendidikan untuk dimanafaatkan kepada anak-anak bangsa yang masih berada di bangku sekolah.Kita seharusnya bersyukur dengan Kementerian Pelajaran kerana mengujudkan jawatan ini.Pengalaman mendidik dan kepakaran kita diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran untuk terus berkhidmat dengan lebih cemerlang lagi.
Lautan mana tidak bergelora,bumi mana tidak ditimpa hujan.Begitulah asam garam yang dilalui oleh kita semua apabila memikul tanggung jawab sebagai guru cemerlang.Kita kena hadapi semua cabaran yang mendatang dengan pertimbangan akal dan fikiran kita.Menolak ketepi bertindak mengikut perasaan.Kentalkan semangat dan motivasi kita untuk terus cemerlang menjalankan tugas yang dipikul.Semua ini dapat kita hadapi dengan adanya sikap yang positif menular dalam diri kita semua.Orang yang cemerlang tidak mudah menyerah kalah dan berputus asa.Malah,senantiasa mencari jalan penyelesaian yang terbaik di dalam menyelesaikan masalah.
Jangan menyerah kalah sebelum berjuang.Kita senantiasa mencari inovasi-inovasi di dalam memperkasakan dunia pendidikan.Jadikanlah tugas sebagai guru cemerlang sebagai tugas yang menyeronokkan.Teruskan kecemerlangan kita agar ianya menjadi kamus yang menarik dalam kehidupan kita sebagai seorang guru.
|