|
Oleh, En. Binting Abidin Guru Cemerlang BM Sekolah Tinggi Kota Kinabalu
BAHASA MALAYSIA
KERTAS 2
MERUMUS KARANGAN
MARKAH : 30 MARKAH
MASA CADANGAN : 40 MINIT
PERATURAN MERUMUS
CONTOH SOALAN
ARAHAN SOALAN : Baca petikan dengan teliti, kemudian buat rumusan tentang faktor-faktor penderaan pembantu rumah dan kesan penderaan terhadap mereka
CONTOH PENDAHULUAN
- CONTOH : Petikan membincangkan/ membicarakan/
Sinonim : Petikan membincangkan punca-punca/ sebab- sebab penderaan pembantu rumah di negara kita pada masa kini
Tema : Petikan membincangkan perkara-perkara yang mendorong majikan mendera pembantu rumah mereka di negara ini
CONTOH ISI TERSURAT
Isi tersurat
I: Isi tersurat merupakan isi yang terdapat secara langsung dalam petikan memenuhi arahan soalan / tugasan pertama.
II, Jika arahan soalan adalah faktor..... isi tersurat mestilah berkaitan dengan faktor.
III. Pelajar dilarang menyalin bulat-bulat / keseluruhan ayat daripada petikan. Calon mesti menggunakan ayat sendiri dengan membuat sedikit penggubahsuaian dari ayat asal
IV. Beberapa ayat boleh digabungkan dalam ayat majmuk tetapi mesti lengkap.
CONTOH ISI TERSIRAT
Contoh : Penderaan menyebabkan pembantu rumah mengalami tekanan jiwa/ perasaan
CONTOH PENUTUP
- unsuryang dapat menyimpul / merumus petikan
Contoh : Kesimpulannya, kerajaan hendaklah membendung masalah penderaan pembantu rumah dengan segera agar hak-hak mereka dapat dilindungi ( kesan merupakan isi tersirat )
FORMULA: 4 PERANGGAN ( PSTK )
Petikan membincangkan ( Sinonim kata kunci )........................
Antara ( Kata tugasan S ) ialah/ adalah......... S1................... (dan )......... S2 ................ . Selain itu, ……… S3………… serta……… S4………… Di samping itu, ……………….. S5………….dan ………… S6……………………
Antara ( kata tugasan T ) ialah/ adalah………………T1………………................. (dan)……………............. T2 ................................................
Kesimpulan . Pihak sasaran mestilah/ haruslah ( cadangan : menyokong/ membanteras/ menangani terhadap isu )supaya/ agar ( kesan/ alasan ) isi tersirat
( 120 patah kata )
Contoh Latihan rumusan.
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca kekaburan pelajar terhadap mata pelajaran KOMSAS dan langkah mengatasinya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 pata kata.
Niat untuk memupuk minat dan memperkenalkan bahan kesusasteraa Melayu kepada para pelajar bermula dar Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima merupakan objektif yang sungguh wajar dan baik. Hal ini bermakna Kementerian Pelajaran Malaysia sedar bahawa karya sastera berisi dengan nilai-nilai murni, bukan lagi berisi dengan cerita-cerita fantasi yang dapat menyesatkan pembaca. Karya sastera penuh dengan cerita dan teladan yang dapat dijadikan pengajaran.
Walaupun usaha ini adalah wajar tetapi persoalannya yang timbul adalah sejauh manaka kelancaran pelaksanaan pengajaran tersebut? Persoalan ini tidak sewajarnya diremehkan oleh semua pihak, khasnya pihak Kementerian Pelajaran. Hal ini demikian kerana ada sesetengah guru yang mengajarkan Komponen Sastera( KOMSAS) dalam Bahasa Melayu masih kabur dengan kaedah pengajaran mereka. Mereka tidak tahu cara untuk mengajarkan mata pelajaran tersebut mengikut cara yang sepatutnya seperti kehendak sukatan pelajaran. Sebagai akibatnya, KOMSAS diajarkan secara semberono dan menyebabkan para pelajar menjadi bingung dengan situasi ini lalu timbullah perasaan bosan terhadap mata pelajaran tersebut.
Lebih malang lagi, apabila sesi ceramah yang diadakan dengan tujuan untuk memudahkan tugas guru tidak menepati kehendak para guru. Kebanyakan sesi ceramah yang diadakan kurang menyentuh kaedah pengajaran KOMSAS secara spesifik kepada para guru. Ceramah yang disampaikan lebih ke arah isi kandungan secara melalut-lalut hingga menakut-nakutkan para guru dan pelajar. Hal yang demikian menyebabkan para guru tidak berpuas hati terhadap isi ceramah yang disampaikan itu. Situasi ini akan menyemarakkan kekaburan para guru untuk mengajarkan mata pelajaran tersebut.
Keadaan ini akan bertambah kronik apabila masa yang diperuntukkan tidak mencukupi. Hal ini demikian kerana terlalu banyak bahan yang hendak diajarkan oleh guru atau dibaca oleh para pelajar.Justeru, guru-guru tidak sempat untuk mengajarkan KOMSAS mengikut masa yang telah ditetapkan. Walhal, semua sedia maklum bahawa tugas para guru bukan setakat mengajar, malahan merangkumi pelbagai tugasan termasuklah memantau aktiviti kokurikulum, bidang perkeranian, dan bidang perkebunan. Ada sesetengah pendapat yang menyarankan agar para guru mengajarkan mata pelajaran tersebut secara sistematikdengan menghadirkan diri dalam kursus-kusrsus yang dirancang. Selain itu, ada para cendiakawan yang mengesyorkan agar guru sastera diberi keutamaan untuk mengajarkan komsas. Cadangan ini memang ada kebaikannya tetapi kekangannya ialah guru tersebut mengajarkan KOMSAS melebihi sukatan yang sepatutnya. Tegasnya, mereka mengajarkan KOMSAS seperti mengajarkan mata pelajaran sastera tulen. Lebih mendukacitakan lagi apabila banyak pelajar kini kurang berminat untuk membaca. Hal ini akan memberikan impak dari sudut pencapaian keputusan pepriksaan nanti.
Tugas, para guru tidak dapat menghabiskan sukatan kerana trpaksa menghadiri kursus-kursus yang dianjurkan oleh pihak jabatan dan kementerian. Mereka terkapai-kapai dalam pengajaran dan pembelajaran kerana terdesak memenuhi kehendak sukatan pembelajaran dalam masa yang singkat. Malahan ada juga sikap sesetengah guru yang mengambil sikap sambalewa dalam hal ini. Mereka sengaja mengajarkan tajuk-tajuk tertentu saja sesuai dengan kefahaman dan kehendak atau nalurinya. Lebih menghambarkan lagi apabila ada sesetengah penceramah yang mengesyorkan tajuk-tajuk tertentu saja yang perlu diajarkan kerana berkemungkinan keluar dalam peperiksaan sebenar. Oleh itu, pihak kementerian haruslah memandang serius tentang hal ini dan mengambil tindakan susulan dengan segera agar kekangan ini dpat ditangani.
( Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana KOMSAS
Perlu Diajarkan Lebih Sistematik, Berita Harian.)
Isi tersurat ( S )
1. Sesetengah guru yang mengajar Kompenan Sastera (KOMSAS ) dalam bahasa Melayu masih kabur dengan kaedah pengajaran mereka.
2. Sesi ceramah yang diadakan dengan tujuan untuk memudahkan tugas guru tidak memepati kehendak para guru.
3. Masa yang diperuntukkan untuk mengajar Komponen Sastera ( KOMSAS ) tidak mencukupi.
4. Guru sastera yang mengajar komsas melebihi sukatan.
5. Banyak pelajar yang kurang berminat untuk membaca.
6. Pihak guru tidak dapat menghabiskan sukatan kerana terpaksa menghadiri kursus.
7. Sesetengah guru mengambil sikap sambalewa dalam hal ini.
8. Sesetenagn penceramah mengesyorkan tajuk- tajuk tertentu saja yang perlu diajar.
ISI TERSIRAT ( T )
1. Guru – guru yang mengajar Komsas perlu diberi ceremah oleh penceramah yang pakar dalam bidang komsas.
2. Para guru perlu mengubah teknik dan kaedah yang berkesan.
3. Para guru tidak seharusnya menganggap pengajaran komsas sebagai satu beban.
4. Pelajar perlu menanam minat membaca karya kreatif.
5. Sukatan pelajaran Bahasa Melayu dan komsas perlu disusun semula.
CONTOH JAWAPAN RUMUSAN
Petikan membincangkan sebab-sebab/ faktor-faktor kekaburan pelajar terhadap mata pelajaran Komponen Sastera ( KOMSAS ) .
Antara puncanya ialah sesetengah guru yang mengajar KOMSAS dalam Bahasa Melayu masih kabur dengan kaedah pengajaran mereka dan sesi ceramah yang diadakan dengan tujuan untuk memudahkan tugas guru tidak menepati kehendak para guru. Selain itu, masa yang diperuntukkan tidak mencukupi serta guru sastera mengajar komsas melebihi sukatan. Di samping itu, banyak pelajar yang kuran berminat membaca dan sesetengah guru mengambil sikap sambalewa dalam hal ini.
Antara langkahnya ialah para guru Bahasa Melayu perlu diberi ceramah oleh penceramah yang pakar dalam bidang Komsas danguru-guru tidak seharusnya mengangap pangajaran KOMSAS sebagai satu beban.
Kesimpulannya, guru perlu lebih kreatif dalam pengajaran KOMSAS agar para pelajar tertarik dengan pengajaran tersebut.
(117 patah kata)
|